Saturday 21 September 2013

Assalamualaikkum..
saya nak mintak maaf sebab dah lama x update status dalam blog nie..Biasalah budax rajin(kononya)okay topik kita pada hari ini pasal apa eik?hah!!tajuk kita pada hari ini ialah "pembelajaran"
Kat dunia nie kita mestilah berlajar..jika kita tidak berlajar apa yang jadi pada kita??mungkin awak,awak semua mesti dah tahu apa jawapanyakan??kalau awak,awak semua rasa diri awak,awak semua macam tu tanyalah sama hati awak,awak semua sendiri..kitakan orang islam..

Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya

Assalamualaiknm!!
Dah lama tak update status dalam blog nie...rindu akan blog nie..sebab saya ada blog saya ingin mengambil
kesempatan untuk meminta maaf kepada semua pembaca blog saya..jika saya ada terbuat salah maafkan lah saya..saya hanya manusia biasa bukan robot,bukan batman,bukan ben 10 ataupun iron man..hihihi

puasa penuh tak nie??kalau penuh bagus,kalau tak penuh penuhkanlah yeee...sampai disini saja lah yang dapat saya membuat post ini..dan tunggu akan ada post yang baru..!!!

Saturday 20 July 2013

Cerita Si Aiskrim

Assalamualaikum semua.


Milford Sound in New Zealand
Sedapnya!!


Hai.. Tengah-tengah puasa macam ni nak update pasal makanan. Relax lah.. Tak payah nak terliur sangat.. Inilah entri pertama saya. Saya baru je buat blog. Okeylah tanpa membuang masa, jom ikuti kisah di bawah..

Milford Sound in New Zealand 


Aiskrim : Manisnya Fitrah

Jom kita berkenalan. Apa yang sejuk, manis dan berwarna-warni? Betul! Itu padanan ciri yang cukup menggiurkan mereka yang keletihan dan dahaga.

Bayangkan tekak sedang kering dalam cuaca panas terik, kemudian disuakan aiskrim. Subhanallah, suapan pertama ke mulut itu memang paling nikmat dan sudah pasti nikmat memakan aiskrim hanya dapat dirasai ketika ia masih dalam keadaan beku.



Milford Sound in New Zealand

Fitrah Mengangkat Darjat

Aku disimpan di ruang sejuk beku bawah suhu negatif darjah Celcius bagi mengekalkan keadaan fizikalku. Ya, aku harus akur dengan disiplin itu. Apatah lagi ni bukanlah untuk kepentingan orang lain, sebaliknya atas keperluanku sendiri.

Bagi manusia, fitrah untuk tunduk dan patuh kepada Allah perlu diakui dan dituruti. Sama ada manusia derhaka ataupun taat, Allah tetap berada pada kedudukan yang paling mulia.

Menyembah Allah bukanlah syarat untuk meninggikan-Nya, sebaliknya manusia menjadi hina jika mengetepikan-Nya. Sifir mudahnya semakin dia membesarkan Allah, semakin dia dipandang mulia dalam kalangan makhluk yang lain.

Hayati pesan Rasulullah s.a.w. kepada Ibn Abbas ketika beliau masih kecil maksudnya : "Jagalah hak Allah, maka Allah akan menjaga kamu". (Riwayat al-Tarmizi)

Hakikatnya, perasaan untuk menghambakan diri kepada Allah ada pada diri manusia. Lihatlah fitrah seorang anak untuk menghormati insan yang bersusah payah melahirkannya. Perasaan itu naluri bagi setiap manusia.

Jika seseorang yang dilahirkan ada naluri sebegitu, inikan pula fitrah seorang manusia untuk mentaati Penciptanya. Rasai dan akuilah kekerdilan diri. Jangan ego!



Milford Sound in New Zealand 

Anugerah

Aku tampil menarik dengan pelbagai warna dan perasa. Bahkan, turut ditambah dengan aksesori seperti kacang dan buah-buahan bagi menambah selera. Itu belum diambil kira pembungkusan yang menarik perhatian. Pengeluar - pengeluar aiskrim bersaing secara aktif untuk menunjukkan produk mereka yang terbaik.

Tarikan pada yang indah itu fitrah. Tetapi kecantikan yang biasa digembar - gemburkan di media bukanlah bertepatan dengan kecantikan yang dikehendaki agama.

Pesanku kepada manusia, hiaslah dirimu dengan takwa, potensi dan bakat semula jadi kurniaan Ilahi. Itulah anugerah sebagai tarikan pada diri.

Jangan rendah diri dengan kekurangan, ambillah lajak sebelum melonjak lebih tinggi. Kekurangan ialah permulaan untuk menuju kejayaan. Asahlah dengan ilmu tanpa mengenal putus asa. Dengan minat dan semangat yang kuat, Insya-Allah ia akan menjadi satu kelebihan luar biasa dalam dirimu.

Sebelum umur lanjut, nikmati dan hargailah kehidupan dengan bijak seperti seorang manusia yang dahaga sedang menikmati aiskrim, nikmatilah sebelum ia cair!


Milford Sound in New Zealand

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menaip entri yang panjang ni.. Saya akan update di lain hari. Terima kasih, jumpa lagi di lain hari..Insya-Allah..

Milford Sound in New Zealand
Nikmatilah sebelum ia cair!

Thanks to : Milford Sound in New Zealand